JOHOR BAHRU – Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad menegaskan beliau tidak berhasrat untuk memulakan sebarang gerakan bagi mendapatkan semula jawatan Menteri Besar Johor.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu berkata, pihaknya sebaliknya mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) yang baharu.
“Saya tidak akan ambil langkah-langkah untuk menjadi Menteri Besar semula, tidak seperti mana yang dilakukan segelintir pemimpin lain untuk kembali menjadi Perdana Menteri dan sebagainya.
“Tetapi untuk Johor saya tidak akan ambil langkah tersebut. UMNO Johor berpegang dan akan kekal dengan cara Johor, jadi untuk memastikan kesinambungan antara kerajaan negeri dan parti sentiasa terjalin, maka Menteri Besar akan turut menjadi ahli dalam mesyuarat akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO negeri di ibu pejabat UMNO Johor, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.