fbpx

Guru rugi RM32,700 ditipu ‘pegawai LHDN’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PORT DICKSON – Wang simpanan seorang guru berjumlah RM32,700 ‘lesap’ selepas ditipu sindiket ‘Macau Scam’ yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun yang bertugas sebagai guru di Port Dickson telah merima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri dengan nama Puan Ivan daripada LHDN.

Menurutnya, mangsa telah dimaklumkan terdapat tunggakan cukai berjumlah RM38, 800.82 atas syarikat yang didaftarkan atas namanya di sebuah alamat di Cyberjaya.

“Mangsa menafikan perkara ini, panggilan disambungkan kepada pegawai polis berpangkat Sarjan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

“Mangsa dimaklumkan akaunnya terlibat dengan kes penggubahan wang haram, penyeludupan dadah dan waran tangkap telah pun dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, panggilan seterusnya disambungkan kepada Asisten Superitendan (ASP) Datuk Zul, pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan telah diberikan pautan untuk memuat naik aplikasi MyBNM untuk tujuan membersihkan nama.

“Mangsa telah mengisi maklumat perbankan akaun Maybank miliknya seperti nombor kad mesin pengeluarkan wang (ATM), nombor akaun ‘username’ dan ‘password’ perbankan atas talian bank tersebut.

“Mangsa telah membuat semakan dengan pihak bank dan dapati telah mengalami kerugian sebanyak RM32,700 daripada akaun tersebut yang dipindahkan dalam lima transaksi kepada satu akaun individu yang tidak dikenali,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya telah hadir ke balai polis pada hari yang sama untuk membuat laporan polis.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI