fbpx

GP Argentina kalut kargo lewat tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN KTM mendakwa tujuh kotak kargo mereka hilang ketika penerbangan termasuk kotak yang berisi jentera perlumbaan. – AFP

LONDON – Tiga pasukan MotoGP iaitu Ducati, Gresini Racing dan VR46 mengalami masalah menjelang perlumbaan pusingan ketiga di Grand Prix (GP) Argentina hujung ming­gu ini selepas pesawat kargo yang membawa muatan jentera tersebut berdepan masalah teknikal di Mombasa, Kenya.

Selepas berakhir GP Indonesia, lima pesawat diterbangkan terus ke Argentina, namun terdapat satu pesawat yang membawa muatan pasukan Ducati, Gresini dan VR46 tersebut tidak dapat meneruskan perjalanan.

Penganjur MotoGP telah mengesahkan bahawa pesawat yang mengalami masalah teknikal itu dalam fasa terakhir pembaikan di Kenya dan akan tiba di Argentina dalam tempoh terdekat ini.

Bagaimanapun, sekiranya pesawat tersebut tidak sampai tepat pada masanya ataupun lewat, ia sekali gus merencatkan persiapan pasukan pada perlumbaan minggu ini di Autodromo Termas de Rio Hondo termasuk sesi latihan yang berlangsung hari ini.

Selain tiga pasukan tersebut, KTM juga mengalami masalah apabila mereka mendakwa tujuh kotak kargo milik mereka hilang termasuk sebuah jentera milik pelumbanya masih belum tiba.

“Tujuh kotak kargo kami hilang termasuk salah satunya adalah jentera MotoGP,” kata Pengurus Pasukan Red Bull KTM, Francesco Guidotti.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis mengesahkan bahawa pihaknya akan menerima jentera mereka dalam waktu terdekat ini, namun masih ada beberapa kotak kargo yang belum diterima.

“Kami juga berdepan masalah yang sama dengan pasukan lain apabila 10 kotak kargo yang mempunyai kebenaran perjalanan elektronik masih belum sampai,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI