PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 skala richer berlaku di selatan Laut Maluku pada pukul 7.18 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 4.9 darjah Selatan dan 139.3 darjah Timur dengan kedalaman 48 kilometer (km).
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/04/WhatsApp-Image-2022-04-01-at-07.48.47.jpeg)
“Kejadian berlaku di 309 km Barat Daya dari Jayapura, Indonesia.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE