fbpx

Etika lantik CEO baharu, gantikan Khalid Alvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Santharuban Thurai Sundaram

PETALING JAYA – Syarikat pengeluar minuman halal terkemuka, Kumpulan Etika mengumumkan pelantikan Santharuban Thurai Sundaram sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, menggantikan Khalid Alvi.

Pelantikan tersebut dibuat dalam tempoh penting dalam pertumbuhan Etika yang kini sedang membuka ruang untuk alternatif yang lebih sihat dan pendekatan mampan dalam industri barangan pengguna bergerak pantas (FMCG).

Etika dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, Santharuban tidak asing dalam industri FMCG dengan pengalaman lebih dua dekad.

“Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Gantian Etika dan terbaharu, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Advend, sebuah perniagaan layan diri berpusat di Singapura yang telah diambil alih Etika pada 2019. 

“Di bawah kepimpinan beliau, industri FMCG di Malaysia menyaksikan beberapa kempen dan strategi inovatif yang telah membangkitkan jenama seperti Kopi WONDA dan Susu Goodday selain pertumbuhan jenama seperti Pepsi, Mountain Dew, Tropicana dan lain-lain. 

“Santharuban telah mengukuhkan pandangan pengguna di Malaysia terhadap konsep layan diri sebagai alternatif kepada pembayaran tanpa sentuh, selain menerima beberapa anugerah seperti Ketua Pegawai Pemasaran Terbaik,” katanya.

Sementara itu, Santharuban berkata, industri FMCG tidak berhenti berkembang dan banyak lagi yang perlu dilakukan kerana keperluan pengguna sentiasa berubah pantas mengikut trend dan permintaan. 

“Bagi kami dalam sektor FMCG, pendekatan bermatlamat yang boleh mewujudkan kesan positif kepada pengguna, komuniti dan alam sekitar merupakan fokus utama. 

“Saya amat berbesar hati untuk dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi seperti Etika yang sentiasa berusaha untuk membina komuniti yang lebih baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI