fbpx

Dua sahabat bunuh gelandangan berdepan tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Aliff (dua kanan) dan Joel (dua dari kiri) diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

MELAKA – Dua sahabat berdepan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang gelandangan, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Aliff Daniel Ong Abdullah dan Joel V. Michael Louis yang berusia 20 tahun selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara bersama-sama telah melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian Mohd. Eddie Hafiez Yusof, 42.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan kedai di Jalan Persisiran Bungai Raya, dalam daerah Melaka Tengah di sini di antara pukul 1 pagi hingga 3.45 pagi, 15 Mac lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon tarikh sebutan semula bagi serahan laporan bedah siasat.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan tarikh 26 April ini untuk serahan laporan bedah siasat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI