fbpx

Cuaca buruk hampir seluruh negara menjelang malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal berlaku di hampir seluruh negara malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu akan berterusan sehingga pukul 9 malam nanti.

“Hujan lebat serta ribut petir diramal melanda hampir ke semua kawasan di dua negeri utara Semenanjung iaitu Perak dan Kedah.

“Di Kelantan, hujan lebat serta ribut petir dijangka tertumpu sekitar Jeli serta beberapa daerah di Terengganu seperti Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, di Pahang, cuaca buruk yang sama diramal melanda Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Cuaca tidak menentu ini turut dilaporkan berlaku di Hulu Selangor dan Gombak, Selangor dan beberapa daerah di Negeri Sembilan.

“Manakal di Johor, ia melibatkan kawasan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” ujarnya.

Sementara itu, cuaca yang sama bakal berlaku di beberapa bahagian sekitar Sarawak, Sabah serta keseluruhan Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI