fbpx

Beli motosikal guna dua guni duit syiling berjumlah 10 juta rupiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal yang dibeli menggunakan duit syiling yang dikumpul selama dua tahun. – Berita Jatim

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang wanita bersama dua anaknya membeli sebuah motosikal menggunakan duit syiling berjumlah 10 juta rupiah (RM2,929) yang diletakkan di dalam dua karung guni, lapor laman berita Detik hari ini.

Menerusi video tersebut, tiga beranak itu yang berasal dari Bojonegoro, wilayah Jawa Timur, mahu  membeli sebuah motosikal roda tiga.

“Harga motosikal itu adalah 28 juta rupiah (RM8,203). Baki pembayaran dibuat dengan menggunakan wang kertas,” kata salah seorang anaknya, Zaenal.

Menurut Zaenal, duit syiling itu adalah hasil tabungan mereka bertiga daripada jualan sayur dan makanan.

“Duit syiling itu disimpan hasil daripada jualan kami bertiga selama dua tahun,” ujarnya.

Video tersebut sebelum itu dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial yang merakam aksi mereka bertiga membeli motosikal tersebut dengan membawa dua karung guni duit syiling seberat 20 kilogram.

Turut dibawa adalah sebuah beg yang mempunyai wang kertas selebihnya.

“Ini contoh anak yang rajin menabung untuk membantu ibunya. Dua buah karung dan sebuah beg berisi wang kertas untuk membeli motosikal,” demikian menurut hantaran tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI