fbpx

‘Ada masanya kami cuma makan biskut kering’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azura bersama anak perempuannya, Nor Syawalina Husna Khairul Nizar ketika ditemui di kediamannya di Desa Kuala Muda, Kepala Batas di Seberang Perai baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Kesakitan akibat penyakit strok dan tibi selain kesempitan hidup selepas ditinggalkan suami yang terlibat penagihan dadah tidak mematahkan semangat seorang wanita dari Desa Kuala Muda di Penaga­ di sini untuk membesarkan anaknya dengan sempurna.

Azura Ahmad, 37, kini tidak lagi mampu bergerak apabila lumpuh separuh badan selepas terjatuh di dalam bilik air dalam kejadian lapan bulan lalu.

Susulan itu, wanita berkenaan terpaksa menggagahkan diri menguruskan rumah terma­suk menyiapkan keperluan keluarga meskipun hanya berkerusi roda.

“Memang tiada pilihan, saya kena buat juga sebab dua anak dalam jagaan saya masih bersekolah iaitu berusia 10 dan 14 tahun kecuali yang paling bongsu yang berusia dua tahun,” kata­nya di sini baru-baru ini.

Azura berkata, kehidupannya menjadi lebih sukar apabila tiada pendapatan selepas tidak lagi boleh bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan di Kuala Muda, Penaga.

“Ada masa kami sekeluarga tiada makanan, cuma makan biskut kering.

“Saya juga runsing memikirkan nasib kami ketika bulan puasa­ dan hari raya nanti. Tak tahu bekalan makanan yang ada sekarang ni boleh bertahan sampai bila,” katanya lagi.

Terdahulu, kisah Azura itu mendapat perhatian Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang sedia memberi bantuan bersesuaian.

Pengurus Bahagian Kebajikan ZPP Feroz Haniff Azmai, 38, berkata, pada peringkat ini urusan dokumentasi bagi pihak Azura­ telah selesai dan sedang melalui proses kelulusan.

“Beberapa pasukan unit kebajikan ZPP telah datang bertemu dengan pemohon di kediaman­nya dan kita telah uruskan hal-hal berkaitan dokumentasi untuk ke peringkat kelulusan segera.

“Kalau diikutkan situasi pemohon (Azura), dia memang layak menerima bantuan,” katanya.

Bagi Azura sendiri, dia bersyu­kur dan berterima kasih pihak yang tampil membantunya.

“Rasa bersyukur dan gembira sangat sebab pihak ZPP sanggup turun padang lihat sendiri kea­daan saya dan keluarga. Kalau tak datang jumpa, memang beginilah keadaan saya sampai bila-bila,” jelasnya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun BSN milik­nya 0799-5411-0046-0973 atau menghubungi Azura di talian 013-894 0210.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI