fbpx

50 kenderaan diarah patah balik, sempadan Kelantan-Thai belum dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks ICQS Rantau Panjang. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

RANTAU PANJANG – Dianggarkan lebih 50 buah kenderaan diarah berpatah balik dalam tempoh lima jam semasa mereka tiba di Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini hari ini.

Tinjauan Kosmo! di pintu masuk kompleks itu semalam mendapati, pemandu kenderaan pulang hampa apabila mereka sebenarnya hanya boleh memasuki Thailand pada 1 Mei depan.

Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas di ICQS memaklumkan, kebanyakan pemandu kenderaan tidak mengetahui bahawa pintu masuk ke sempadan Thailand melalui Kelantan masih ditutup.

Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Saleh, dia terpaksa menerangkan kepada pemandu kenderaan bahawa pintu sempadan dijangka akan dibuka pada 1 Mei dan mengarahkan mereka berpatah balik.

“Saya meminta agar mereka memberi kerjasama dengan berpatah balik. Kebanyakan daripada mereka yang juga merupakan penduduk Kelantan silap faham apabila hanya sempadan Kedah dan Perlis sahaja dibuka pada 1 April.

“Penat juga saya terpaksa menerangkan kepada mereka kerana ada yang datang seawal pukul 7 pagi. Harap tiada lagi orang datang untuk ke Thailand esok (hari ini),” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI