fbpx

4 penyedia e-dompet dipilih jayakan inisiatif ePemula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Empat penyedia perkhidmatan e-dompet akan menjadi platform ePemula yang merupakan inisiatif e-tunai dilaksanakan kerajaan.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, empat platform itu adalah BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet telah dipilih untuk menjayakan program tersebut.

Buat masa ini, katanya, keempat-empat penyedia perkhidmatan e-Dompet tersebut mempunyai jaringan peniaga runcit melebihi 1.2 juta.

“Di bawah Bajet 2022, sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan untuk memanfaatkan sekitar dua juta belia melalui sebuah inisiatif e-tunai, ePemula.

“Belia yang layak akan menerima kredit e-tunai sebanyak RM150 setiap seorang melalui aplikasi e-dompet terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI