SUNGAI PETANI – Sebanyak 28 buah rumah di sini rosak dalam kejadian ribut pada petang tadi.
Kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu mengakibatkan bahagian bumbung rumah terlibat diterbangkan angin kencang.
Penduduk Taman Sutera Jaya di sini, Azahari Shafie, 58, berkata, kejadian berlaku ketika dia baru pulang dari masjid setelah menunaikan solat Jumaat.
“Saya baru sahaja sampai di hadapan pintu rumah sebelum berlaku angin kencang sehingga menerbangkan bumbung rumah.
“Pada masa itu, saya bersyukur kerana tidak terkena serpihan bumbung yang terjatuh,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, dia terus bergegas masuk ke dalam rumah sambil melaungkan azan. – KOSMO! ONLINE.