fbpx

SPRM siasat rasuah projek RM85 juta babitkan institut automotif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki berbual mesra dengan Pegawai Kadet sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM siri 25 (Penolong Penguasa P29) di Kompleks SPRM Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan siasatan forensik terhadap akaun syarikat berhubung kes rasuah projek bernilai RM85 juta yang membabitkan institut berkaitan automotif negara.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu akan dilakukan selain melakukan siasatan menyeluruh terhadap pelbagai aspek.

“Semua yang ditahan masih dalam siasatan, banyak perkara kita perlu lihat seperti wang-wang yang disalurkan kepada syarikat lapisan kedua. Ini memerlukan kita melakukan forensik akaun terhadap syarikat berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di sini hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan juga mengikut Akta Penggubahan Wang Haram.

Seramai 10 individu telah ditahan membabitkan kes itu termasuk seorang bergelar Datuk dan seorang wanita ditahan pada 23 Mac lalu.

Dua daripada individu ditahan disyaki telah meminta dan menerima rasuah lebih RM14.9 juta daripada tiga individu yang ditahan sebagai balasan membantu syarikat mendapatkan geran menerusi tiga syarikat lain antara 2018 dan 2020.

Katanya, sembilan individu termasuk seorang bergelar Datuk telah ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung nilai projek berjumlah RM85 juta membabitkan sebuah institut berkaitan automotif di negara ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI