fbpx

Signal ‘pertarungan’ Morbius, Spider-Man

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU lagi legenda Marvel bernama Morbius mula diperkenalkan dalam dunia sinematik bermula hari ini.

SATU lagi legenda Marvel bernama Morbius mula diperkenalkan dalam dunia sinematik bermula hari ini.

Aktor berkaliber, Jared Leto diberi tanggungjawab memainkan peranan Dr. Michael Morbius dan hasilnya tidak mengecewakan. Pendapat tersebut bersifat peribadi dan buat penulis, Leto telah menjalankan tugas dengan baik dalam filem Morbius.

Terjemahan karakter yang dimainkannya terkandung kualiti tersendiri, termasuk dari segi penghayatan emosi, babak aksi dan banyak perihal signifikan lain.

Leto sememangnya terkenal dalam kalangan peminat sebagai seorang pelakon ‘metode’ dan menerusi karakter Morbius, elemen kualiti tersebut cukup terserlah.

Metode Jared Leto

Sebagai contoh, penonton dapat melihat kesungguhan perubahan fizikal Dr. Michael sebelum dan selepas diberi suntikan darah tiruan yang menjadikan dirinya raksasa ataupun puntianak.

Tidak begitu pasti sama ada apa yang dipaparkan dalam layar perak diberi ‘pertolongan’ teknik janaan komputer (CGI), namun berdasarkan hasil untuk babak memperlihatkan perkara tersebut, sangat menjadi.

Morbius sebenarnya satu karakter antagonis antihero dan dari segi kualiti villain dalam filem, tidak banyak yang boleh dipercakapkan atau dibanggakan.

Buat penulis secara peribadi, siapa baik dan siapa jahat dalam Morbius sudah boleh dihidu dari awal minit permulaan walaupun bukan berstatus peminat tegar komik Marvel.

Tidak mahu membocorkan spoiler kepada orang ramai, buat mereka yang bakal berkunjung ke panggung wayang dan terlazim dengan naratif atau plot sedemikian barangkali akan berdepan jangkaan atau perasaan sama.

Selepas Morbius ‘bertukar’, daripada situ pendedahan demi pendedahan mula terbongkar, soal pengkhianatan, perseteruan ideologi, musuh dan kepahlawanan seorang adiwira yang masih keliru dengan emosi dan statusnya itu akan terbongkar,

Itu yang membuatkan penonton barangkali akan berasa sedikit canggung dengan plot sedemikian.

CGI, plot

Dari segi CGI, banyak lagi filem Marvel lain yang mempunyai kualiti berganda, namun Morbius tidaklah berada dalam tangga tercorot tetapi dalam masa sama tidak begitu mengagumkan.

Babak aksi melibatkan pergaduhan Morbius dan seterunya tidak mengewakan, namun tidak berbekas dalam hati secara peribadi.

Bukan bermakna Leto tidak menjalankan peranannya dengan baik ataupun karakter lain seperti Lucian juga melahirkan energi sama.

Secara keseluruhan, Morbius tidaklah terlalu mengecewakan, namun secara peribadi buat penulis, filem antihero seperti Venom atau Morbius sukar untuk mengisi cita rasa penonton yang sudah terbiasa dengan watak hero atau adiwira seperti Spider-Man.

Mungkin jika durasinya dipanjangkan sedikit, Morbius akan lebih meresap ke minda penonton.

Paling penting, babak post-credit Morbius membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang akan berlaku selepas ini. Yang pasti, ada berlaku sesuatu antara Spider-Man dan Venom apabila mereka bertembung nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI