fbpx

Pasukan khas kekang jenayah rentas sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis melakukan gimik pada Majlis Perasmian Penugasan Sempena Pembukaan Pintu Sempadan Malaysia- Thailand hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN

BUKIT KAYU HITAM – Polis Kedah menubuhkan pasukan khas bagi mengekang jenayah rentas sempadan menerusi Ops Khas Sempadan susulan pembukaan pintu sempadan negara di sini pada esok.

Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pasukan khas tersebut akan melaksanakan operasi itu secara tetap.

Katanya, pasukan berkenaan akan menggabungkan anggota daripada unit-unit khas polis seperti Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan unit kereta peronda polis (MPV).

“Ia turut melibatkan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) selain sekatan jalan raya (SJR) dan penggunaan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penugasan Sempena Pembukaan Pintu Sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Kata beliau, pasukan khas itu juga akan menggunakan keanggotaan dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Balai Polis Changlun bagi membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sememangnya sentiasa bersiap siaga mengawal pintu masuk negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI