fbpx

Piala FA: Melaka mara ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Melaka United menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua saingan Piala FA selepas menewaskan kelab Liga M3, PIB FC dengan kemenangan bergaya 4-0 sebentar tadi.

PETALING JAYA – Pasukan Melaka United menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua saingan Piala FA selepas menewaskan kelab Liga M3, PIB FC dengan kemenangan bergaya 4-0 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Hang Jebat itu, skuad Sang Kancil yang dikendalikan oleh Risto Vidakovic membariskan kesebelasan terbaik termasuk gandingan penyerang import terdiri daripada Ifedayo Olusegun, Emmanuel Oti, Sony Norde dan Adrino.

Keputusan tersebut nyata menyaksikan pasukan tuan rumah mudah menguasai perlawanan dengan Oti meledak gol pembukaan seawal minit ke-11.

Nasib PIB FC bertambah malang apabila diarahkan beraksi dengan 10 pemain selepas Syukri Azman dilayangkan kad merah kerana menampan bola menggunakan tangan di kotak penalti.

Kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin oleh Melaka yang berjaya menambah jaringan selepas Adriano menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-57.

Melaka bertambah garang apabila pemain gantian, Norsharul Idlan Talaha meledak gol ketiga berselang tiga minit kemudian selepas menyudahlan hantaran Khairul Anwar Shahrudin.

Norshahul yang mesra dengan gelaran Mat Yo menambah koleksi jaringan dengan menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-76 sekali gus menyaksikan keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, di Stadium Negeri, Kuching, pasukan Kuching City turut menempah slot ke pusingan kedua selepas menang 2-0 ke atas UiTM FC pada aksi pertama Piala FA sebentar tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI