fbpx

Peminat Mercedes ‘vintage’ cuci mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Khan menunjukkan kereta Mercedes Ponton 1957 miliknya.

KLUANG – Muzium Mercedes bangsa Johor yang diadakan di Arena Warna, Ayer Hitam di sini menarik ramai peminat kenderaan ‘vintage’ jenis Mercedes.

Acara yang diadakan sempena sambutan Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ke-76 itu merupakan peluang terbaik kepada pemilik kenderaan klasik itu untuk mempamerkan koleksi milik mereka yang dianggap “rare” dalam kalangan peminat Mercedes.

Berdasarkan video yang dikongsi oleh @AzrilBenzBahaman di Facebook, dapat disaksikan lebih 10 buah kenderaan jenis Mercedes.

Antara yang mencuri tumpuan adalah Mercedes Ponton 1957, iaitu kenderaan vintage yang jarang-jarang ditemui di negara ini.

Pengguna media sosial yang tidak dapat menghadiri acara itu turut melahirkan rasa teruja dengan koleksi kenderaan yang dipamerkan.

“Teringat dari Batu Pahat ke Kampung Rengit Johor Tahun 1986, naik teksi model Mercedes mirip macam ni best tuan”, komen Mahdi Moin.

Sementara itu, ada juga pengguna meluahkan kekecewaan mereka kerana tidak dapat hadir untuk melihat koleksi kenderaan “vintage”.

“Ruginya rasanya tak dapat hadir”, komen Syahwatie Othman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI