fbpx

Pasangan BinJin akhirnya bersatu, kongsi foto perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN yang digelar sebagai BinJin Couple ini selamat berkahwin pada pagi tadi dalam sebuah majlis yang diadakan secara ringkas di sebuah lokasi tidak didedahkan di Seoul, Korea Selatan.

HARI yang ditunggu-tunggu peminat setia pasangan popular Hyun Bin dan So Ye-jin untuk melihat mereka disatukan sebagai suami isteri akhirnya tiba.

Pasangan yang digelar sebagai BinJin Couple itu selamat berkahwin pada pagi tadi dalam sebuah majlis yang diadakan secara ringkas di sebuah lokasi tidak didedahkan di Seoul, Korea Selatan.

Berita perkahwinan dua bintang utama drama Crash Landing On You itu menjadi penantian paling hangat peminat sejak mereka mengumumkan hubungan cinta pada Januari tahun lalu.

Mereka kemudian menggembirakan peminat pada Februari lalu apabila mendedahkan akan berkahwin pada bulan ini.

Foto-foto perkahwinan (berkemungkinan foto praperkahwinan) pasangan popular itu turut dikongsikan oleh agensi Hyun Bin iaitu VAST Entertainment menerusi Instagram.

Menurut VAST Entertainment, pasangan itu mengadakan majlis perkahwinan pada hari ini dalam sebuah majlis tertutup memandangkan situasi meruncing Covid-19 ketika ini.

Selepas pendedahan tentang berita perkahwinan mereka, tanda pagar #BinJinWedding terus menduduki puncak topik trending dalam media sosial seperti Twitter.

Untuk rekod, Hyun Bin dan Ye-jin pernah bergandingan dalam sebuah filem berjudul The Negotiation pada 2019.

Mereka kemudian mencipta fenomena selepas memegang watak utama dalam drama popular, Crash Landing on You pada 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI