fbpx

Yasin hidap bipolar serius sejak 2009

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Yasin, Zain Sulaiman ketika ditemui selepas prosiding hari ini.

PETALING JAYA  – Abang Yasin Sulaiman, Zain Sulaiman, 50, menaruh harapan yang tinggi agar dipernudahkan segalanya buat adik mereka yang didakwa atas pertuduhan mengedar dan menanam pokok ganja.

“Saya mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segalanya,” kata Zain ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Petaling Jaya di sini hari ini.

Selain Zain, turut hadir memberi sokongan moral kepada Yasin ialah Akbar yang merupakan anggota kumpulan Brothers.

Sementara itu, peguam Yasin, Yusmadi Yusoff berkata, keluarga memberikan sokongan yang amat baik termasuklah kenalan komposer itu.

Beliau berkata, anak guamnya itu disahkan menghidap bipolar serius sejak 2009 dan telah mendapatkan rawatan.

Katanya, kali terakhir beliau mendapatkan rawatan kira-kira dua bulan lalu dan memerlukan rawatan susulan ketika ini.

“Saya sudah meminta pegawai penyiasat dan mahkamah untuk membawa dia (Yasin) mendapatkan rawatan segera. Hak rawatan dia perlu dipastikan.

“Tambahan pula dengan keadaan sekarang dia tidak biasa dimasukkan dalam lokap. Jadi saya bimbang akan tahap kesihatannya,” katanya.

Jelas beliau, Yasin banyak memberi inspirasi kepada masyarakat menerusi karya seni beliau sebelum ini.

Sebelum itu, Yasin ketika prosiding di Mahkamah Majistret merayu diberi peluang mendapatkan rawatan kerana bimbang keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

“Kesihatan saya sangat terjejas, saya khuatir bila-bila masa boleh jadi gila seperti berlaku tiga kali sebelum ini. Jadi saya perlukan ubat tambahan,” katanya.

Terdahulu, Yasin tidak dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini, atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI