fbpx

Bella gebu, berisi ketika diserah kepada Siti Bainun – saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun (kanan) ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas sukarelawan Rumah Bonda memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, dia mula mengenali remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella ketika diserahkan kepada pengasas rumah perlindungan itu, Siti Bainun Ahd Razali sewaktu berusia 13 tahun.

Zurianty Sudin, 39, yang juga rakan baik Siti Bainun berkata, Bella seorang kanak-kanak yang gebu dan berisi ketika ditemui kali pertama sekitar Julai 2020.

Bagaimanapun, saksi pendakwaan pertama itu memberitahu dia tidak mempunyai pengetahuan sama ada Bella ditemui oleh orang awam di bawah jambatan di kawasan Seri Petaling ketika berusia empat tahun.

Ketika ditanya oleh peguam Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor yang mewakili Siti Bainun, wanita itu juga menyatakan tidak tahu sama ada Bella diserahkan oleh orang awam kepada Balai Polis Seri Petaling.

Zurianty dalam keterangannya juga tidak mengetahui sama ada Bella kemudian dipelihara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga berusia sembilan tahun.

Mahkamah sedang mendengar perbicaraan kes Siti Bainun yang didakwa atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down.

Pada sesi pemeriksaan balas, Zurianty turut bersetuju bahawa Bella tidak dapat membezakan di antara kertas dan baju.

Saksi juga memberitahu, Bella pernah mencarut dan memukul kepala bayi selain mengutip gula-gula dan memakannya.

Pada prosiding itu, Zurianty turut menafikan dia kerap `putar cerita’ dan berbohong di mahkamah.

Dalam salah satu keterangannya, saksi tidak bersetuju bahawa dia membuat dua hantaran berbeza dalam Facebook bahawa seorang bayi yang dikenali sebagai `Adam’ tidak dijaga dengan baik di Rumah Bonda.

Mahkamah turut diberitahu, Zurianty bersetuju dia membuat laporan polis pada Julai 2021 berhubung kematian `Adam’ dengan mendakwa punca kematian akibat kecuaian penghuni yang menjaga bayi tersebut.

Saksi juga bersetuju, sehingga tahun lalu, dia masih mempunyai hubungan baik dengan Siti Bainun dan kerap membuat hantaran dalam Facebook yang menunjukkan sokongan terhadap rakannya itu.

Ujarnya, keakraban tersebut juga digambarkan melalui ucapan terima kasih yang disampaikan secara maya kepada pihak-pihak yang menyokong Rumah Bonda.

Zurianty turut bersetuju dia membuat hantaran dalam Facebook berhubung usaha Siti Bainun membuat persediaan untuk enam penghuni Rumah Bonda melahirkan anak secara serentak.

Saksi yang berkhidmat sebagai sukarelawan di antara tahun 2015 dan 2019 kerap melawat Rumah Bonda dan mengetahui aktiviti yang dijalankan penghuni-penghuni di situ.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok.KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI