fbpx

Kuota jemaah haji belum diputuskan – Idris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris

PUTRAJAYA – Tiada sebarang keputusan rasmi berhubung jumlah kuota haji bagi jemaah dari Malaysia yang diputuskan buat ketika ini.

Itu jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berhubung perkembangan terkini kuota jemaah bagi musim haji tahun ini.

Idris berkata, beliau difahamkan, belum ada mana-mana negara diberikan kuota haji oleh Kerajaan Arab Saudi buat masa ini.

“Saya mengambil peluang untuk perjelaskan kerunsingan ‘headline’ daripada beberapa petikan akhbar berkenaan tiada penambahan kuota haji.

“Sekali lagi, tiada keputusan rasmi yang dibuat dan ia bukan hanya melibatkan negara kita semata-mata tetapi semua negara yang bakal menghantar jemaah haji,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, apa yang boleh beliau sahkan adalah pelaksanaan ibadah haji pada tahun ini akan tetap diteruskan.

Idris berkata, ketika ini, Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa menantikan perkembangan positif daripada Kerajaan Arab Saudi.

“Pastinya saya mengharapkan penambahan kuota daripada sebelum ini, supaya boleh memberi lebih banyak peluang kepada umat Islam di Malaysia menunaikan Rukun Islam itu.

“Ketika lawatan kerja rasmi di Arab Saudi baru-baru ini, jelas memperlihatkan pemulihan yang sedang berlaku selepas fasa pandemik Covid-19.

“Malah, Kerajaan Arab Saudi sedang dan berusaha dengan sangat baik bagi mempersiapkan segala keperluan bagi menyambut jemaah Haji tahun ini,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, masih masih banyak lagi operasi di sana tidak beroperasi sepenuhnya, seperti pembukaan hotel dan rumah penginapan, restoran dan tempat makan dan minum.

Jelasnya, mereka yang telah menunaikan umrah, pasti sedar situasi yang sedang berlaku di sana buat masa ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI