fbpx

Kes pesawat terhempas di Langkawi disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pesawat ringan yang tergelincir di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah semalam. - FOTO: IHSAN MAHB

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kes kemalangan yang melibatkan sebuah pesawat di pulau peranginan Langkawi, Kedah semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Chester Voo, kapal terbang malang itu dikenal pasti dari jenis ringan model Diamond DA-40D dengan nombor pendaftaran 9M-HMW.

“Ia sepatutnya menjalani sesi latihan penerbangan malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebelum terbabas di landasan pukul 8.04 malam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Media tempatan lewat malam semalam melaporkan insiden itu melibatkan seorang juruterbang pelatih wanita yang berusia 28 tahun dengan kecederaan di pinggang dan lutut kedua-dua kaki.

Mangsa bagaimanapun telah berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba lapangan terbang berkenaan sebelum segera dibawa ke Hospital Sultanah Maliha di Kuah bagi diberikan rawatan.

Insiden tersebut juga mengakibatkan dua penerbangan domestik ke Kuala Lumpur dekat sini perlu ditangguhkan beberapa jam ekoran landasan ditutup untuk kerja pembersihan dilakukan.

Mengulas lanjut, Chester berkata, siasatan awal CAAM menunjukkan pesawat yang dikendalikan HM Aerospace Sdn. Bhd. itu hilang kawalan ketika pendaratan dan tergelincir di landasan.

“Juruterbang dilaporkan sedang menerima bantuan perubatan dan berada dalam keadaan stabil namun kemalangan tersebut menyebabkan kerosakan pada struktur pesawat itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI