fbpx

Peminat JDT berpeluang naik Hummer Limosin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peminat JDT berpeluang menaiki Hummer Limosin dengan hanya RM30 untuk mengelilingi Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi peluang kepada pengunjung ke Stadium Sultan Ibrahim, di sini untuk merasai pengalaman berharga menaiki kenderaan mewah Hummer Limosin mengeliling stadium ikonik skuad Harimau Selatan itu.

Ketua Unit Komersial Kelab Bolasepak JDT Kevin Ramalingam berkata, Hummer Tour itu adalah antara tarikan baharu buat pengunjung untuk meluangkan masa di ‘rumah’ JDT bermula minggu ini.

Beliau berkata, perkhidmatan itu ia sejajar dengan hasrat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu stadium serba canggih itu menjadi tumpuan orang ramai susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika negara memasuki fasa endemik bermula esok.

Katanya, selain pembukaan pembukaan restoran makanan segera, Woodfire Burger, pihaknya turut merancang untuk mengadakan lawatan stadium secara lebih dekat buat peminat setia JDT.

“Woodfire dan Hummer Tour adalah tarikan yang pertama, selepas ini lebih banyak restoran menarik yang akan dibuka.

“Sebenarnya, banyak program menarik yang kita rancang namun tidak dapat dilaksanakan disebabkan banyak sekatan, maka terpaksa ditangguhkan dahulu.

“Jadi bermula 1 April ini, banyak yang akan dibuka dan harapnya dalam masa tiga bulan akan datang banyak lagi tarikan diperkenal,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Kevin berkata, apabila negara beralih ke fasa endemik esok, beliau berharap segala perancangan yang dibuat JDT bagi menjadikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai tarikan pengunjung dapat berjalan dengan lancar.

Katanya, dengan bayaran serendah RM30, pengunjung berpeluang menaiki Hummer Limosin bagi mengelilingi stadium yang menjadi gelanggang buat wira-wira JDT.

“Bagi peringkat awal, JDT Hummer Tour akan beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

“Jika ia mendapat sambutan luar biasa, mungkin perkhidmatan ini akan diadakan pada setiap hari dengan disertakan peluang melawat ke dalam stadium,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI