PUTRAJAYA – PUTRAJAYA – Perniagaan kecil dan sederhana (PKS) yang masih belum berdaftar untuk menerima bayaran pembeli secara elektronik atau tanpa tunai disarankan berbuat demikian sebelum pelaksanaan program e-Pemula.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, terdapat empat penyedia perkhidmatan e-dompet yang dipilih bagi program tersebut iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.
“Buat masa ini, keempat-empat penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut mempunyai jaringan peniaga runcit melebihi 1.2 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Di bawah Bajet 2022, sejumlah RM300 juta telah diperuntukkan untuk memanfaatkan sekitar dua juta belia melalui sebuah inisiatif e-tunai yang dinamakan ePemula.
Belia yang layak akan menerima kredit e-tunai sebanyak RM150 setiap seorang melalui aplikasi e-dompet yang dipilih. – KOSMO! ONLINE