fbpx

DSA, NATSEC 2022 catat kejayaan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin (tengah) diiringi Jonathan Yasin (lima kiri) bergambar bersama para panglima dan ketua-ketua pegawai yang hadir pada Majlis Penghargaan dan Pengumuman DSA dan NATSEC Asia bagi tahun 2024 di MITEC di sini hari ini. - FOTO: AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan (NATSEC) Asia 2022 mencatatkan kejayaan besar selepas melabuhkan tirai hari ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pameran berskala besar yang pertama kali diadakan selepas pandemik Covid-19 itu adalah satu pencapaian yang membanggakan.

“Diiktiraf sebagai lima pameran terbaik dunia berkaitan keselamatan pertahanan, kami amat bimbang untuk menganjurkan pameran ini dengan jayanya.

“Namun, ia berjalan dengan lancar dengan sokongan pelbagai pihak termasuk usahasama daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai penganjur bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutupan DSA 2022 dan NATSEC 2022 di Pusat Pameran di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, meskipun pameran itu tidak dibuka kepada orang ramai, seramai 33,147 pengunjung daripada 85 negara direkodkan sepanjang empat hari pameran itu berlangsung.

“Ia turut melibatkan 305 delegasi kenamaan serta penyertaan lebih 1,000 syarikat termasuk lebih 20 pavilion antarabangsa.

“Selain menunjukkan peralatan dan berdepan beberapa isu dari segi penyertaan pavilion tertentu, apa yang penting adalah perbincangan dapat dijalankan secara bersemuka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, persediaan perancangan untuk penganjuran DSA dan Natsec Asia seterusnya juga sudah dimulakan dan akan berlangsung pada 6 hingga 9 Mei 2024.

Mengulas berkenaan penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA), katanya, pihaknya yakin pameran itu dapat dilaksanakan seperti mana kejayaan DSA 2022 dan NATSEC Asia 2022 hari ini.

“Penganjuran LIMA adalah bergantung kepada kejayaan kita di DSA dan NATSEC Asia 2022 dan jelas dalam tempoh empat hari ini, semua pihak membantu untuk meyakinkan Menteri Pertahanan bahawa kita berjaya dalam pameran ini.

“Ia sekali gus menjadi asas yang kukuh untuk kita mengadakan dan menjayakan penganjuran LIMA pada tahun hadapan,” katanya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI