fbpx

Butternang tawar menu makanan laut serendah RM10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Aisyah (kiri) pada majlis perasmian cawangan terbaharu Butternang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Menyedari minat masyarakat di negara ini yang suka menikmati hidangan makanan laut, Ansshellbox Sdn. Bhd. telah melancarkan cawangan sulung restorannya, Butternang by Ansshellbox (Butternang) pada harga mampu milik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nor Aisyah Maaras berkata, melalui Butternang, menu yang dipesan akan dimasak dalam tempoh 10 minit dan harga yang ditawarkan pula adalah serendah RM10 hingga RM79.

“Kami menawarkan enam menu menarik dan lazat, pilihan popular pelanggan adalah ayam buttermilk kerana hasil olahan resipinya yang unik mampu memenuhi selera seisi keluarga termasuk mereka yang alah kepada makanan laut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Butternang, di Medan Selera D’Tebing, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nor Aisyah menjelaskan, Butternang adalah anak syarikat kepada Ansshelbox Sdn. Bhd. (Ansshellbox) yang telah bero­perasi sejak lima tahun lalu.

“Ansshellbox menawarkan menu makanan laut pada harga premium yang boleh mencecah sehingga RM1,000 dan memiliki kumpulan pelanggannya yang tersendiri.

“Berbanding Butternang, ia mampu memenuhi pelbagai peringkat pendapatan masyarakat termasuk B40,” ujarnya.

Selain itu, tambah beliau, untuk perancangan masa depan, syarikat bercadang untuk membuka lima lagi cawangan Butternang di sekitar Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Melaka pada masa depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI