fbpx

Buruh warga Myanmar dituduh tetak rakan guna parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Ayub Ali (tengah) untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. - FOTO: ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seorang buruh binaan warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menetak rakannya dengan parang di sebuah tapak pembinaan projek perumahan pada minggu lalu.

Tertuduh, Ayub Ali Ahmed, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Warga asing itu didakwa dengan sengaja memukul Abdul Fayaz Abdul Manaf menggunakan parang sehingga menyebabkan lelaki itu cedera di leher sepanjang 28 sentimeter dengan luka sedalam tiga sentimeter.

Kecederaan yang dialami mangsa juga merupakan tempat sensitif kerana ia merupakan saluran darah, saraf, pernafasan dan pemakanan yang boleh membawa maut.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik rumah kongsi tapak pembinaan projek perumahan Kota Seribong di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 22 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 11 Mei ini untuk serahan laporan perubatan mangsa dan sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI