BANGKOK – Seorang wanita yang mendakwa terkena ilmu sihir pada bahagian alat sulitnya sejak 25 tahun lalu dilaporkan berjaya ‘menghapuskan’ sihir tersebut dalam satu upacara yang diadakan di Thailand.
Berdasarkan klip video yang tular di internet, wanita tersebut dilihat menjalani upacara ‘menghalau syaitan’ oleh seorang bomoh, Ajahn Koongawee Seesayam dengan bantuan pelajarnya.
Pelajar tersebut menekan sebatang baton yang digunakan untuk menghalau hantu pada perut pesakit sebelum melakukan perkara yang sama pada bahagian alat sulitnya.
Sambil melakukan perbuatan itu, Ajahn dan pelajarnya didengari menyebut perkataan dalam bahasa Thailand yang bermaksud ‘keluar’.
Bomoh itu kemudian memegang kepala pelajarnya yang dikatakan bertujuan untuk menyalurkan lebih banyak kuasa kepada lelaki itu sambil menyuruh dia menekan bahagian sulit pesakit berkenaan dengan lebih kuat.
Selepas kira-kira 14 minit berada dalam kesakitan, ‘hantu’ tersebut akhirnya ‘keluar’ dari alat sulit wanita itu.
Netizen yang menonton video itu mempersoalkan sama ada rawatan itu merupakan perbuatan mencabul. Bagaimanapun, kedua-dua pesakit dan bomoh itu memberitahu bahawa mereka bersetuju upacara itu dilakukan.
Pesakit wanita itu juga dilihat berterima kasih kepada bomoh berkenaan selepas upacara selesai. – AGENSI