fbpx

Bestari sertai pameran FHM 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Bestari bersedia memberi pelbagai maklumat kepada pelanggan mengenai syarikat dan produk di FHM 2022 di KLCC.

PETALING JAYA – Bestari, jenama nombor satu Tepung Goreng Ayam di pasaran bakal menyertai Food and Hotel Malaysia (FHM 2022) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 29 Mac hingga 1 April ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, ini merupakan pameran kali ketiga yang disertai syarikat untuk terus memperkasakan lagi jenama produk Bestari.

“Syarikat juga bakal me­ngetengahkan jenama Snek Kacang Kow Kow dan memper­kenalkan pelbagai mesin pem­pro­sesan makanan di bawah jenama Synerchem Engineering,” kata­nya.

FHM 2022 merupakan pa­meran perdagangan terbesar dan pertama untuk makanan dan hospitaliti (perhotelan) bagi tahun 2022.

Ia merupakan platform yang ideal dalam membuka jalan serta ruang kepada semua pemain industri untuk menyambung se­mula dan bersedia untuk kembali ke dunia perniagaan dalam era yang mencabar ini.

“Mengunjurkan pasaran tempatan, acara tersebut di­jangka mengumpulkan lebih 500 jenama terkenal dan syarikat yang mengambil bahagian serta 8,000 pembeli perdagangan berkualiti.

“FHM 2022 juga turut berpotensi memberi tumpuan menjana hubungan perniagaan baharu dan mendorong inovasi dalam komuniti makanan dan hospita­liti (perhotelan),” jelasnya.

Dianjurkan bersama Malaysian Association Hotels (MAH), Professional Culinaire Association (PCA) dan Malaysian Food and Beverage Executives Association (MFBEA), FHM 2022 juga turut menampilkan elemen baharu yang menonjolkan makanan berasaskan tumbuhan, Industri 4.0 dan produk terbiodegradasi dengan memberi lebih penekanan kepada produk dan perkhidmatan kebersihan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI