fbpx

Wanita sebak lepas anak di lapangan terbang, serah pada ibu tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan situasi ketika seorang wanita perlu melepaskan dua orang anaknya untuk dijaga oleh ibu tiri mereka

PETALING JAYA – Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa berjauhan dengan anak-anak yang selama ini dijaga penuh kasih sayang.

Seperti perkongsian seorang wanita @risyia2020 di media sosial memaklumkan dia terpaksa melepaskan anak-anaknya untuk dijaga oleh ibu tiri mereka.

Katanya, dia berbuat demikian kerana hak penjagaan anaknya kini berada di tangan bekas suaminya dan disebabkan itu wanita tersebut perlu merelakan pemergian dua orang cahaya matanya.

“Beratnya melepaskan selepas bertahun-tahun, hati ibu mana yang sanggup dengan perpisahan ini.

“Akhirnya setelah pelbagai kenangan bertahun-tahun, terpaksa reda akan perpisahan dengan dua orang anak, jangan lupakan mami ye anak-anak,” luahnya.

Sementara itu, menjadi persoalan dalam kalangan pengguna media sosial yang menonton video tersebut adalah kapsyen yang ditulis oleh wanita berkenaan.

“Tinggal bersama ibu kandung tidak, tinggal bersama bapa kandung tidak, tapi tinggal dengan ibu tiri,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bertanya tentang sebab anaknya dijaga oleh ibu tiri mereka tanpa berada di sisi ayah kandung sedangkan hak penjagaan diberikan kepada lelaki itu.

“Kenapa ibu tiri jaga, mana ayah kandung mereka, sedangkan hak penjagaan kepada ayahnya, tak tinggal bersama?,” kata seorang pengguna.

Namun, sehingga sekarang, wanita itu masih belum tampil menceritakan sebab situasi itu berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI