fbpx

Ajax akui sukar pertahan Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG dilaporkan menjadi calon paling utama untuk dilantik sebagai pengurus baharu United menggantikan Rangnick. – AFP

LONDON – Manchester United dilihat hampir pasti untuk mendapatkan khidmat Erik Ten Hag apabila Ajax Amsterdam meng­akui semakin sukar bagi mereka untuk mengekalkan khidmat jurulatih berkenaan.

Pengarah teknikal kelab itu, Gerry Hamstra mengakui bahawa mereka sangat berharap Ten Hag akan terus kekal, namun memahami mengenai situasi dalam bola sepak terutama berkaitan tawaran dan kontrak.

Ten Hag ketika ini dilaporkan berada dalam senarai teratas pilihan United untuk menggalas jawatan sebagai pengurus selepas berjaya menjalankan tugas dengan baik membantu Ajax meraih dua gelaran Eredivisie dan Piala Belanda.

“Ia akan menjadi suatu yang hebat sekiranya beliau terus kekal sebagai pengendali Ajax musim depan. Dia masih berbaki 15 bulan kontrak bersama kami, tetapi kami juga memahami bagaimana suasana bola sepak berjalan,” katanya.

Selain Ten Hag, beberapa nama seperti Mauricio Pochettino, Luis Enrique dan Julen Lopetegui turut dikaitkan dengan jawatan di United selepas pengurus interim, Ralf Rangnick akan memulakan tugas sebagai konsultan pasukan pada musim panas nanti.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang jaminan bahawa Ten Hag akan menerima jawatan tersebut biarpun sudah menghadiri sesi temu duga sebelum ini terutama ketika kenya­taan yang dikeluarkan oleh bekas pengurus United, Louis Van Gaal.

“Manchester United adalah sebuah kelab bersifat komersial. Saya fikir Ten Hag perlu berada bersama sebuah kelab bola sepak yang benar-benar memahami matlamat mereka berbanding yang mengutamakan nilai komersial,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI