fbpx

70 megawatt kapasiti solar belum dipohon orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ali Biju.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 70 megawatt (MW) kapasiti solar yang boleh menampung kira-kira 7,000 hingga 20,000 pengguna domestik dibawah program Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) masih belum dipohon oleh orang ramai.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju berkata, sambutan kurang memberangsangkan tersebut mungkin disebabkan orang ramai belum sedar atau faham tentang keuntungan pengurangan bil elektrik yang boleh diperoleh.

“Sememangnya sambutan untuk program rakyat yang memasang panel solar dibumbung masih banyak lagi peluang untuk dipohon. Program ini ditawarkan sehingga 2023.

“Sebenarnya pemasangan ini boleh jimatkan bil elektrik setiap bulan. Mungkin juga disebabkan ‘harga’ elektrik kita masih rendah, pemasangan solar ini tidak dapat sambutan yang baik dalam kalangan rakyat,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Husain Awang apakah yang menjadi penghalang buat penduduk negara ini memasang panel solar di bumbung rumah mereka.

Terdahulu, Ali menerangkan, ramai tidak sedar manfaat program NEM yang membolehkan pengguna mempunyai bil elektrik bulanan lebih RM400 dapat mengurangkan bil elektrik mereka antara 30 sehingga 80 peratus.

Menurut beliau, mereka juga tidak tahu pemasangan panel solar boleh diperoleh melalui pakej pembiayaan yang disaediakan oleh pembekal perkhidmatan solar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI