fbpx

11,000 peroleh pekerjaan melalui MySTEP setakat 15 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

KUALA LUMPUR – Program jangka pendek (MySTEP) telah berjaya menempatkan hampir 11,000 pencari kerja dalam pelbagai kementerian dan agensi kerajaan setakat 15 Mac lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lebih 90 peratus daripada jumlah pencari kerja tersebut ditempatkan di sektor awam.

“Bagi penempatan latihan kerjaya graduan bersama industri (Protege), seramai 507 peserta telah berjaya ditempatkan (pekerjaan) setakat 28 Februari 2022,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr. Ahmad Azam Hamzah mengenai jumlah pencari kerja yang telah ditawarkan pekerjaan dibawah program MySTEP dan Protege. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI