PETALING JAYA – Tidak dinafikan, kes buli melibatkan pelajar semakin menjadi-jadi ketika ini sehingga turut berlaku dalam kalangan murid di sekolah rendah.
Terbaharu, sebuah video yang dikongsikan oleh seorang wanita meluahkan kekecewaannya apabila mendakwa anaknya telah menjadi mangsa buli.
Menurut wanita berkenaan, anaknya yang berusia tujuh tahun itu mempunyai masalah lambat bertutur atau ‘speech delay’.
Apa yang membuat wanita tersebut lebih berang adalah setelah anaknya pulang dari sekolah, terdapat contengan pada bajunya yang didakwa dilakukan oleh rakan sekelas.
“Anak darjah satu speech delay, balik rumah tengok penuh belakang kena conteng.
“Dia tak pandai cakap, tak pandai melawan, diam sahaja, tak pandai bagi tahu apa yang terjadi, senang-senang la orang buat suka hati,” luahnya.
Bagaimanapun, wanita berkenaan memberitahu dia telah memaklumkan kejadian yang berlaku kepada guru kelas untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE