fbpx

Todak Revival umum perkembangan terbaharu syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seiring peralihan kepada fasa endemik di negara ini, jenama gaya hidup yang meliputi pelbagai umur, Todak mempelawa peminat dalam bidang gaming dan streaming menyaksikan ucaptama  Todak yang pertama,  Todak Revival: Futureverse Keynote

Pengasas Todak, Khairul Azlan Ariffin berkata, sesi tersebut bakal dipancarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi mereka esok bermula pukul 9.00 malam. 

Menurut beliau, menerusi Todak Revival, penonton antara lain akan sama-sama dapat mengetahui mengenai produk terbaharu syarikat, pengenalan kepada entiti sedia ada dan pengumuman penting yang akan didedahkan. 

“Ini adalah satu inisiatif jenama untuk membolehkan kami berkongsi secara menyeluruh mengenai pencapaian dan perancangan masa hadapan jenama Todak selain memperkenalkan kepada semua mengenai produk yang telah dan bakal dilancarkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Berbekalkan tagline ‘langgar’, Siri Kerusi Alpha Todak iaitu kerusi ‘gaming’ berkualiti dilihat sesuai dengan situasi bekerja dari rumah (WFH) yang ketika ini diamalkan oleh majikan dan pekerja.

Lebih menarik, Todak juga bakal mengeluarkan beberapa lagi produk lain yang akan membantu untuk menyediakan ruangan kerja ataupun sesi bermain game yang lebih kondusif. 

Ditubuhkan pada 2017, Todak kini memiliki lima entiti utama yang berpusat di Cyberjaya dan Setia Alam iaitu Todak Culture, Todak Studios, Todak Fusion, Todak Academy dan Todak Pay, yang menyediakan servis yang berbeza. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI