fbpx

TLDM usir empat bot nelayan asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kru KD Teguh Samudera mengarahkan bot nelayan warga asing kelar dari perairan negara berhampiran Pulau Perak, Kedah petang semalam.

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggagalkan cubaan empat bot nelayan asing menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Perak, Kedah petang semalam.

Markas Pemerintahan Armada Barat memberitahu, bot tersebut dipercayai cuba menangkap ikan sebelum diusir kapal KD Teguh Samudera kira-kira pukul 5.30 petang.

Kata kenyataan itu, pesawat B200T Tentera Udara Diraja Malaysia berjaya mengesan empat bot tersebut kira-kira 49 batu nautika selatan Pulau Perak.

“Susulan maklumat yang diterima, KD Teguh Samudera dikerah ke lokasi bagi melakukan pengusiran.

“Bot-bot nelayan kemudian diusir dan diiringi keluar meninggalkan sempadan perairan negara,” ujar kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI