fbpx

Telefon bimbit tidak tingkatkan risiko tumor otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGGUNA telefon tidak mempunyai risiko besar untuk menghidap tumor otak. – Shutterstock

LONDON – Sebuah kajian utama yang dijalankan penyelidik dari Universiti Oxford mendedahkan bahawa penggunaan telefon bimbit secara kerap tidak akan meningkatkan risiko penyakit tumor otak, lapor portal berita MailOnline hari ini.

Kebimbangan mengenai penggunaan telefon bimbit yang mungkin memancarkan sinaran penyebab kanser telah sekian lama diperkatakan dan sering ‘dijaja’ oleh teori konspirasi.

Bagaimanapun, satu penyelidikan yang memantau lebih 400,000 warga Britain selama sedekad tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dan kanser otak.

Pakar-pakar di Universiti Oxford menemui 0.41 peratus wanita yang menggunakan telefon bimbit menghidap tumor otak berbanding 0.44 peratus yang tidak pernah menggunakan peranti itu.

Kajian yang dijalankan pada 2000 hingga 2009 itu menambah jumlah bukti yang menolak kebimbangan mengenai telefon dan kanser, kata penyelidik.

“Penggunaan telefon bimbit dalam keadaan biasa tidak meningkatkan risiko tumor otak,’’ kata seorang penganalisis statistik dan pengarang bersama kajian, Kirstin Pirie.

Kajian itu diterbitkan hari ini dalam Journal of The National Cancer Institute. 

Teori mengenai gelombang radio yang dipancarkan oleh telefon bimbit yang boleh menembusi tengkorak dan menyebabkan kanser apabila membuat panggilan telah lama tersebar. 

Ia menjadi keterlaluan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kemunculan 5G yang didakwa oleh sesetengah pihak apabila mengaitkannya dengan pandemik Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI