fbpx

Polis siasat insiden kekasaran di padang bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video yang memaparkan Insiden kekasaran yang berlaku membabitkan beberapa individu di padang bola, Kelab Sultan Sulaiman.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden kekasaran yang berlaku di padang bola, Kelab Sultan Sulaiman di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah terkesan sebuah video yang dimuat naik di media sosial Facebook yang memaparkan insiden berkenaan.

“Menerusi video berdurasi dua minit 28 saat berkenaan, seorang lelaki telah dikasari individu lain di padang bola berkenaan.

“Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah menjalankan pengesanan ke atas individu terlibat dan menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Polis juga ingin memberi amaran agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang.

“Sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kejadian, boleh menghubungi Inspektor Afrizal Aizat Md. Arif di talian 012-7883138 atau IPD Dang Wangi 03-26002222 dan Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang pengadil dipukul dalam aksi perlawanan bola sepak antara KLCE menentang Data Sukan yang berlangsung di Padang Kelab Sultan Sulaiman semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI