fbpx

Pensyarah hina pelajar B40 akan diambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang pensyarah memarahi pelajarnya disebabkan tidak mempunyai komputer riba.

SHAH ALAM – Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap seorang pensyarah yang didakwa menghina seorang pelajar B40 semasa sesi kuliah secara dalam talian.

Difahamkan, pensyarah itu mengajar dalam bidang pengurusan fasiliti di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) dekat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar, Perak.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, beliau telah memberikan arahan kepada pengurusan untuk mengambil tindakan terhadap pensyarah berkenaan.

Katanya, satu kenyataan akan dikeluarkan berhubung situasi berkenaan dan termasuk tindakan terhadap pensyarah tersebut.

“Beliau merupakan pensyarah kontrak dari pensyarah tetap (bersara) sebelum ini dan mengajar dalam bidang pengurusan fasiliti.

“Sekarang dia tidak mengajar, tetapi dalam tempoh untuk diambil tindakan,” katanya hari ini.

Roziah menjelaskan kejadian tersebut sebenarnya berlaku pada semester lalu antara bulan September 2021 hingga Februari 2022.

“Namun, video itu dimuat naik semalam, mesti ada sebab. Sama ada hendak menyerang pensyarah berkenaan.

“Apapun tindakan, kami sudah ambil. Pelajar tersebut kita sudah kenal pasti dan telah hantar bantuan komputer riba kepadanya,” jelasnya.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 1 minit 45 saat mengenai seorang pensyarah sedang bertanya kepada pelajarnya mengapa pelajar tersebut tidak memiliki komputer.

Menerusi video tersebut, pensyarah tersebut mempersoal tentang sokongan kewangan keluarga tersebut kepada pelajar tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI