fbpx

Penampilan minimalis myIOU App 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APLIKASI berasaskan konsep beli sekarang bayar kemudian, MyIOU yang berwajah baharu mempunyai ciri minimalis dan mesra pengguna.

TIDAK dapat dinafikan, setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk membeli sesuatu barang yang diminatinya.

Namun begitu, faktor kewangan kadangkala menjadi penyebab utama seseorang membatalkan niat untuk membeli barang tersebut.

Tetapi kini, dengan adanya perkhidmatan berkonsep beli sekarang bayar kemudian (BNPL) telah memudahkan semua orang untuk membeli barangan yang mereka ingini.

Menyedari akan hal itu, IOU Pay (Asia) Sdn. Bhd. (IOUpay) telah mengambil peluang untuk membangunkan aplikasi myIOU yang menyediakan perkhidmatan BNPL.

Aplikasi itu telah dinaik taraf dan kini dikenali sebagai myIOU App 2.0 yang dilengkapi ciri mesra pengguna.

Aplikasi telah dinaik taraf ini seiring dengan rancangan myIOU menuju ke arah pasaran BNPL dan transaksi digital yang berkembang pesat di Malaysia.

Menerusi aplikasi ini, pengguna dapat membuat pembelian barang melalui ansuran di kedai-kedai yang menyertainya.

Aplikasi myIOU merupakan platform BNPL oleh IOU Pay (Asia) Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milik penuh IOUpay Limited yang tersenarai dalam bursa saham Australia sejak tahun 2014.

Syarikat IOUpay Limited telah menyediakan perkhidmatan selama 20 tahun dalam tiga bahagian perniagaan iaitu perbankan mudah alih, pembayaran dan perkhidmatan digital.

Perkhidmatannya diiktiraf dan dikenal pasti oleh lebih daripada 20 bank utama, syarikat insurans, telekomunikasi dan korporat di Malaysia dan Asia Tenggara.

Ketua Bahagian Pemasaran IOUpay, Gwen Khor berkata, Malaysia kekal sebagai pemacu utama perkembangan BNPL kerana aplikasi myIOU telah mencapai peningkatan ketara dari segi bilangan pengguna dan peniaga sejak perkhidmatan ini diperkenalkan pada Jun 2021.

Menurutnya, setakat ini, bilangan pengguna myIOU telah melonjak sehingga 52,000 daripada 1,500 pengguna pada awalnya.

APLIKASI myIOU kini turut menonjolkan aspek promosi dan ganjaran.

“Penyedia perdagangan turut meningkat kepada lebih 1,000 penyedia perdagangan aktif yang beroperasi dalam 3,000 kedai secara fizikal atau dalam talian di seluruh negara yang meliputi kategori fesyen, automotif, elektronik dan gajet.

“Antara peniaga myIOU termasuk Senheng, Hewlett Packard, Neal’s Yard Remedies, Box of Bricks, Darson Electronics, Lazo Diamond, Wah Lee, 5 Star Fitness, The Guitar Stores, Clock Family dan Artisan Creative Studio,” katanya.

Tambahnya, peningkatan bilangan pengguna ini disebabkan oleh manfaat ditawarkan myIOU seperti pembayaran ansuran bulanan tanpa faedah selama dua, tiga atau enam bulan.

Selain itu, myIOU turut memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk menggunakan kad debit atau kredit untuk perkhidmatan BNPL.

Melalui pendaftaran yang ringkas, pengguna diberi kelulusan kredit segera sebanyak RM1,000 dan boleh menambah had kredit sehingga RM10,000.

Sementara itu, Gwen menjelaskan, myIOU yang berwajah baharu ini diperkenalkan dengan rekaan minimalis untuk mempertingkat pengalaman pengguna dan memudahkan pengendalian.

“Rekaan baharu ini memudahkan akses kepada perniagaan atau jenama yang boleh didapati untuk semua kategori agar urusan membeli-belah lebih mudah.

“Selain itu, promosi dan ganjaran turut ditonjolkan agar mendapat lebih perhatian pembeli,” terangnya.

Dalam perkembangan berkaitan, bagi tahun 2022, IOUpay telah bekerjasama dengan artis antarabangsa Hong Kong, Priscilla Wong dan pelakon terkenal tempatan Syafiq Kyle sebagai duta jenama baharu myIOU.

Mereka dipilih menjadi duta berdasarkan pengaruh besar mereka terhadap pengguna di pasaran.

Selain itu, mereka akan mewakili myIOU dalam kempen pemasaran utama dan berkongsi pengalaman menggunakan myIOU bersama para peminat.

Aplikasi myIOU yang telah dinaik taraf ini boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.

Pemilik perniagaan yang berminat untuk menyediakan tawaran BNPL kepada para pelanggan boleh melayari myIOU.com untuk maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI