fbpx

Pemandu bas ditahan disyaki cabul murid perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video yang memaparkan seorang lelaki berjumpa dengan pemandu bas yang didakwa mencabul anak perempuannya. FOTO : IHSAN FACEBOOK.

SEREMBAN – Polis telah menahan seorang pemandu bas sekolah hari ini selepas disyaki terbabit dalam kejadian mencabul murid perempuan berusia 11 tahun ketika ke sekolah menaiki van sekolah, Isnin lalu.

Kejadian berkenaan tular di media sosial apabila bapa kanak-kanak itu memuat naik hantaran tidak berpuas hati dengan pemandu van sekolah anaknya serta dua sedutan rakaman video dia berjumpa pemandu berkenaan dan berlaku pertengkaran.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, lelaki berusia 41 tahun itu telah ditahan pada pukul 2 petang tadi di Jalan Persiaran Utama, Seremban 2, di sini.

“Berdasarkan laporan daripada seorang wahida berusia 40 tahun berkaitan kes cabul ke atas seorang murid perempuan tahun lima, polis menahan seorang pemandu bas lelaki, hari ini.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit mengaku dalam kes yang disiasat itu. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI