fbpx

PDRM ambil serius isu keganasan rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
logo PDRM
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil perhatian serius mengenai isu keengganan anggota polis menerima laporan kes keganasan rumah tangga.

Ia susulan kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 28 Mac lalu yang menyatakan terdapat sesetengah anggota polis enggan menerima laporan mangsa keganasan rumah tangga dengan alasan ia adalah isu keluarga.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, PDRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya benar terdapat pelanggaran dalam pengendalian kes tersebut.

“Semenjak Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 berkuat kuasa pada 1 Jun 1996, PDRM telah mengeluarkan beberapa arahan pentadbiran berhubung pengendalian penyiasatan kes-kes keganasan rumah tangga untuk dipatuhi di semua peringkat.

“Ia termasuklah arahan tindakan tatatertib ke atas anggota yang enggan menerima laporan polis kes keganasan rumah tangga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, PDRM turut memohon pihak kementerian dan mana-mana pihak yang terkesan berhubung isu yang dibangkitkan untuk tampil serta memberi maklumat terperinci.

Ia bagi memastikan siasatan dalaman dapat dijalankan dan tindakan dapat diambil ke atas anggota yang terlibat jika kejadian terbabit benar berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI