fbpx

Lans Koperal didenda RM1,500 terima rasuah kes khalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi berjalan keluar semasa dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang polis berpangkat Lans Koperal didenda RM1,500 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku salah menerima suapan RM200 dua tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Hadi Abu Bakar, 29, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim M. Bakri Abd. Majid.

Sogokan diterima daripada seorang lelaki berusia 20an agar tidak membawanya dan pasangan yang ditangkap khalwat pada 30 Disember 2019 ke balai polis.

Perbuatan dilakukan di belakang sebuah restoran nasi kandar di Taman Fair Park di sini antara pukul 12.30 hingga 12.45 tengah hari, 5 Januari 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI