fbpx

Kurangkan tema cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.
NUR EMIRA SAIZALI, WARTAWAN EKSEKUTIF

BOSAN tetapi ada kelompok peminat sendiri. Begitulah yang boleh digambarkan terhadap lambakan drama Melayu berkonsepkan kisah cinta yang disiarkan setiap hari dalam televisyen.

Tidak kiralah stesen televi­syen berbayar atau tidak, kebanya­kan drama yang ditayangkan tidak akan lari daripada cerita cinta segi tiga, berebut suami, perkahwinan tak direstui atau hubungan cinta tidak setaraf.

Sebut sahaja slot drama po­pular, pasti begitulah jalan ceri­tanya. Mungkin terselit satu atau dua drama tentang isu kekeluargaan, namun kebanyakannya mengenai cinta.

Tidak dinafikan, ada penonton yang sudah mula muak dengan plot dan jalan cerita yang hampir sama. Namun, tanpa sedar, cerita sebegitu antara yang berjaya meraih rating tinggi seperti 7 Hari Mencintaiku dan Perempuan Tanpa Dosa.

Hari ini, ramai yang mencadangkan penerbit dan pengarah tempatan untuk menghasilkan sebuah karya setaraf drama atau filem dari Korea Selatan.

Plot cerita dan sinematografinya jauh me­ninggalkan karya-karya tempatan. Tidak keterlaluan sekiranya drama Korea hari ini dikatakan lebih hebat berbanding naskhah Hollywood.

Drama dan filem dari Korea sememangnya di luar jangkauan penonton. Mereka tidak terikat dengan kisah cinta semata-mata untuk melariskan karya yang diterbitkan.

Lihat sahaja kejayaan filem Parasite yang memenangi Filem Terbaik di Anugerah Akademi 2020 sementara drama Netflix popular, Squid Game meraih tiga trofi Anugerah Screen Actors Guild (SAG) 2022 untuk Pelakon Drama Lelaki Terbaik dimenangi Lee Jung-Jae.

Pelakon Drama Wanita Terbaik (Jung Ho-Yeon) dan Drama Aksi Terbaik.

Kejayaan demi kejayaan yang ditempa itu membuktikan tanpa jalan cerita berkisarkan cinta tiga segi atau perubatan syarikat yang klise, mereka mampu memahat nama di mata dunia.

Menurut Pengerusi Majlis Penasihat Warisan Peradaban Melayu Lembaga Bahasa Mela­yu, Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, penerbit dan pengarah tempatan digalakkan untuk menerbitkan banyak karya berteraskan patriotisme.

“Hari ini memang banyak drama dan filem diadaptasi daripada novel bertemakan cinta.

“Namun, penggiat seni kreatif khususnya dalam bidang penerbitan drama dan filem harus mengambil inisiatif memperluas­kan intipati agar tidak tersekat dengan tema cinta,” katanya.

Katanya lagi, dia turut menjadikan karya-karya dari Korea Selatan sebagai contoh sebagai drama dan filem yang sering mengetengahkan intipati yang lari daripada kebiasaan.

“Jika dilihat semula, filem Korea Selatan banyak isu yang diketengahkan contohnya berkisarkan institusi diraja. Walaupun negara tiada raja, tetapi mereka mengetengahkan isu tersebut dengan baik,” katanya lagi.

Sementara, penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam berpendapat, stesen televisyen perlu bersikap lebih terbuka dan tidak hanya ter­ikat menerbitkan drama yang jalan ceritanya klise serta kurang memberi manfaat.

“Sebenarnya, saya sendiri sudah muak dengan lambakan filem dan drama tentang cinta.

“Saya bukan anti kisah cinta tetapi pihak stesen televisyen perlu ubah mentaliti, bersifat lebih terbuka dan tidak mengejar rating semata-mata,” ujarnya.

Tambahnya, dia mahu lebih ramai penggiat industri kreatif termasuk stesen televisyen me­ngangkat lebih banyak kisah perjuangan rakyat dalam naskhah.

“Mewahkan sisi kehidupan sebenar rakyat dalam setiap karya, contohnya jarang hendak lihat cerita perjuangan dan pengorbanan kehidupan anak muda yang merantau.

“Jika kita kerap disogok dengan karya hebat yang isinya lari daripada kebiasaan, pasti akan wujud kelompok pemi­natnya satu hari nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI