PETALING JAYA – Penduduk di beberapa daerah di Pahang dan Johor dinasihatkan supaya mengelak melakukan aktiviti luar berikutan cuaca panas yang melanda ketika ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan antara kawasan yang terlibat di negeri Pahang adalah Maran dan Temerloh serta Tangkak, Johor.
Menerusi laporan imej yang dikeluarkan MetMalaysia, suhu cuaca panas di kawasan terlibat boleh mencecah 37 darjah celsius dan akan berlarutan sepanjang tempoh tiga hari berturut-turut.
“Ia kini berada pada tahap satu di bawah kategori berjaga-jaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE