fbpx

Hanya 12.2 peratus kanak-kanak Terengganu sudah divaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Kadar vaksinasi Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Terengganu kekal rendah iaitu cuma 12.2 peratus.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, situasi itu menjadikan negeri tersebut kedua paling rendah kadar vaksinasi dalam kanak-kanak di negara ini.

“Berdasarkan maklum balas, masih ramai ibu bapa di negeri ini masih lagi bimbang dengan kesan sampingan vaksin Covid-19 terhadap anak masing-masing.

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana suntikan vaksin ini bukanlah perkara baharu, sama seperti BCG (Bacillus Calmette Gurrain) dan lain-lain,” katanya selepas melancarkan Tahun Semarak Dakwah peringkat Terengganu di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berharap stigma was-was terhadap vaksin Covid-19 dapat dihentikan seterusnya ibu bapa dan penjaga dapat memberi kerjasama membawa anak masing-masing menerima vaksinasi tersebut secepat mungkin.

Jelas beliau, ia untuk kebaikan kanak-kanak itu sewaktu negara akan memasuki peralihan endemik pada lusa.

Setakat ini, seramai 21, 822 daripada 178,700 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang layak di Terengganu sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI