fbpx

FAM beri Rizal amaran keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZAL (kiri) gagal melaporkan diri dengan skuad kebangsaan baru-baru ini, namun sudah mengemukakan surat tunjuk sebab.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberi amaran keras kepada pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali susulan menolak panggilan menyertai kem skuad Harimau Malaya baru-baru ini 

Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar berkata, surat amaran telah dikeluarkan oleh FAM kepada  Rizal agar menghormati panggilan skuad kebangsaan pada masa akan datang jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan.

“Susulan itu, Rizal sudah pun menjawab surat tunjuk sebab kepada FAM.

“Namun, sebagai peringatan tambahan,  Rizal diingatkan agar tampil melapor diri terlebih dahulu dan mengemukakan sebab kepada pengurusan pasukan kebangsaan seandainya ada alasan kukuh untuk menarik diri selepas ini,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sebagai rekod, Rizal yang diletakkan dalam senarai bersedia pada asalnya telah dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon bagi menggantikan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT),  Syahmi Safari yang meminta pengecualian untuk tidak melapor diri ke kem latihan pusat kali ini kerana menyambut kelahiran anak kembar tiganya.

Berikutan keengganan Rizal untuk melapor diri, Pan-gon telah memanggil seorang lagi pemain dari senarai bersedia,  Ahmad Khuzaimi Piee untuk menggantikan tempat Syahmi dan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC itu hadir melapor diri.

Skuad negara telah merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Filipina sebelum tewas 1-2 kepada Singapura pada dua aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Singapura minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN