fbpx

Demi cinta, Tyas Mirasih rela cium ketiak kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TYAS MIRASIH dan kekasihnya, Tengku Tezi.

PELAKON Tyas Mirasih rela mencium ketiak teman lelakinya yang juga aktor, Tengku Tezi sebagai bukti cinta antara mereka.

Pelakon sinetron Malaikat Tak Bersayap itu memberitahu, dia rela mencium ketiak teman lelakinya itu bukan sekadar untuk membuktikan cintanya, tetapi juga kerana terikut-ikut dengan trend terkini dalam aplikasi TikTok.

Biarpun mengakui berasa jijik, Tyas berasa bangga kerana telah membuktikan rasa cintanya terhadap lelaki tersebut.

Perlakuan pelakon berusia 34 tahun itu sekali gus menjawab persoalan netizen tentang keseriusan hubungannya dengan Tengku Tezi memandangkan kedua-dua mereka tidak pernah membuat kenyataan sedang dilamun cinta.

Terdahulu, Tengku Tezi pernah dituduh menjadi punca orang ketiga dalam rumah tangga Tyas bersama bekas suaminya, Raiden Soedjono.

Malah bekas isteri kepada Tengku Tezi, Danisa Khairiyah juga menyebut bahawa bekas suaminya itu berlaku curang dengan Tyas ketika kedua-duanya menjalani penggambaran sebuah filem bersama-sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI