fbpx

5 sekeluarga terjun dari balkoni pangsapuri seorang demi seorang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan bangunan di mana lima sekaluarga dari Perancis melompat seorang demi seorang dari tingkat tujuh pangsapuri mereka di Montreux, barat Switzerland pada 24 Mac lalu. - AFP

GENEVA – Sebuah keluarga di Perancis yang bertindak membunuh diri dengan cara terjun dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Switzerland dilaporkan bertindak demikian seorang demi seorang, kata pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Keluarga itu didakwa bertindak demikian kerana terpengaruh dengan teori konspirasi.

Hanya seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang terselamat dalam tragedi pada Khamis lalu di sebuah pangsapuri  di bandar Montreux. Dia dilaporkan berada dalam keadaan koma namun stabil.

Polis wilayah Vaud mengumumkan semalam bahawa mereka tidak menolak kemungkinan berlakunya campur tangan pihak ketiga dan semua mangsa dilaporkan melompat dari balkoni seorang demi seorang.

Polis dan pendakwa raya sedang menilai teori yang menyatakan bahawa kes itu bermotifkan ‘bunuh diri beramai-ramai’.

Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki berusia 40 tahun, isterinya, 41, saudara kembar isterinya, seorang anak perempuan berusia lapan tahun dan seorang anak lelaki dilaporkan terjun dari ketinggian 20 meter, pangsapuri itu. Mereka semua dikatakan menjauhkan diri daripada masyarakat, demikian menurut polis.

Menurut penyiasat, dua pegawai mengetuk pintu pangsapuri itu pada pukul 12.15 tengah malam (waktu tempatan) kerana ingin berbincang dengan bapa berkenaan mengenai persekolahan di rumah untuk anak lelakinya. 

Satu suara dari bahagian dalam kemudian bertanya siapa yang berada di luar pintu sebelum berdiam diri. Pegawai berkenaan tidak dapat masuk ke dalam rumah lalu beredar. 

Polis juga tidak mengesan sebarang pergelutan, seolah-olah mengesahkan bahawa mereka melompat ke bawah atas kerelaan sendiri. Satu anak tangga turut ditemui di balkoni rumah tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI