fbpx

400,000 pengembara dijangka rentasi sempadan Johor-Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz (empat dari kanan) membuat tinjauan ke laluan masuk penumpang bas dari Singapura sebagai persiapan pembukaan sempadan bermula 1 April ini di Kompleks Sultan Abu Bakar di Laluan Kedua, Iskandar Puteri hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Dianggarkan kira-kira 400,000 pekerja Malaysia di Singapura serta pengembara dari negara republik itu akan merentasi sempadan Johor-Singapura susulan pembukaan semula sempadan bermula Jumaat ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang akan beroperasi sepenuhnya.

Beliau berkata, ia melibatkan 40 kaunter Imigresen di BSI dan 24 kaunter KSAB bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di laluan keluar masuk itu di kedua-dua pintu masuk itu.

“Bagi memastikan kelancaran proses kemasukan individu dari negara republik itu, seramai 2,700 anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi akan beroperasi 24 jam di pintu masuk antarabangsa itu bermula 1 April ini.

“Jika pra pandemik kita menerima kehadiran kira-kira 400,000 pengembara keluar masuk setiap hari, maka kita menjangkakan jumlah yang sama bagi tempoh tujuh hari yang pertama bermula Jumaat ini.

“Jadi, sebab itu saya merayu kepada mereka yang akan masuk ke Johor ini, mereka perlu banyak bersabar apabila pulang ke negeri ini, setelah hampir dua tahun tidak dibuka,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan ke KSAB, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI